"Seni itu indah...." ungkapan itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa bernilainya sesuatu hasil seni yang dicipta. Kehalusan, keunikan, keabstrakan serta pergolakan perasaan memenuhi setiap inci karya seni yang bernama lukisan. setiap orang mampu untuk melukis, namun tidak semua dapat menghasilkan sebuah lukisan yang nampak hidup dan kelihatan bernyawa. Amat sukar untuk menghasilkan sebuah lukisan yang benar-benar mempunyai nilai estestika yang tinggi..namun tidak mustahil untuk menjadikan hasil lukisan kita berilai tinggi... Apa yang penting adalah keikhlasan yang lahir dari hati semasa melakar setiap garis halus atau kasar di atas kertas, kain, dinding atau di mana sahaja. Ketenangan itu adalah kunci kepada segala pintu masalah yang mendatang. Keyakinan mencoretkan warna serta meletakkan idea pula menjadikan lukisan kita kebal dari sebarang kritikan yang mampu mencacatkan warna-warna keindahan lukisan itu. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. pabila kita tampil dengan idea atau pembawaan diri kita sudah pasti ada suara sumbang yang berbunyi di sana sini. Keyakinan yang tinggi mampu menutup segala kelemahan yang bisa merantai serta melumpuhkan perjalanan kita. Dan apa yang lebih penting, keyakinan membuatkan kita menjadi kebal daripada segala kata-kata sumbang.
Monday, October 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sinari Hidupmu Dengan Cahaya Kegembiraan & Keriangan..
nilai estetika dan keyakinan diri? Perkaitan yang unik. Huhu~
ReplyDeletehuhuhuh...unik kot..
ReplyDelete